Program Pensizwazahan Guru ialah satu program yang dirangka kerajaan untuk menjadikan semua guru di malaysia terutamanya guru sekolah rendah mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda. Program ini dilaksanakan di bawah RMK-10. Seramai dianggarkan 50, 000 orang guru sekolah rendah di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak akan mengikuti program ini bermula pada pengambilan semester pertama oleh IPTA seluruh negara pada Januari 2011.
Saya telah terpilih untuk mengikuti program tersebut bermula pada pengambilan semester pertama pada Jun 2011 di Institut Pendidikan Guru kampus Tengku Bainun Pulau Pinang.