- Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
- Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran
- Membina bahan
1) Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
· Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.
· Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.
Cara Bagaimana Manusia Berfikir :
Memproses ----> Menyimpan ----> Mengingat Kembali
Prinsip-prinsip Model Pemprosesan Maklumat :
a) Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat
b) Pengaliran maklumat dua hala
c) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan,penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
d) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses danmenyimpan maklumat.
EMPAT PROSES UTAMA TERLIBAT DALAM PEMPROSESAN MAKLUMAT
Terdapat dua jenis ingatan yang membantu proses ingatan berfungsi iaitu:
- Ingatan jangka pendek (short term memory)
Ø Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang.
Ø Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
Ø Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.
- Ingatan jangka panjang (long term memory)
Ø Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa.
Ø Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang.
Ø Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali
2) MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM SIMULASI PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN TAPAK PEMBELAJARAN
Contoh-contoh tapak pembelajaran :
a) Skor A
b) tutor.com
c) guru.net.my
d) myschool.net.my
Contoh langkah atau cara penggunaan tapak pembelajaran :
Langkah pertama :
Membuka laman web yang diingini iaitu laman web tutor. Laman ini sering digunakan guru bagi sesi P&P
Langkah kedua :
Anda dikehendaki menekan atau klik pada kotak bertulis Bank Soalan dimana telah berpautan dengan soalan-soalan yang telah dikumpulkan. Soalan-soalan yang merangkumi soalan-soalan bagi tahap sekolah menengah dan sekolah rendah. Bagi sekolah rendah harus memilih soalan bagi sekolah rendah.
Contohnya
Anda dikehendaki menekan atau klik pada kotak bertulis Bank Soalan dimana telah berpautan dengan soalan-soalan yang telah dikumpulkan. Soalan-soalan yang merangkumi soalan-soalan bagi tahap sekolah menengah dan sekolah rendah. Bagi sekolah rendah harus memilih soalan bagi sekolah rendah.
Contohnya
Langkah ketiga :
Pada langkah ketiga, setelah memilih tahap soalan, anda seterusnya memilih mata pelajaran yang diingini. Sebagai contoh mata pelajaran Bahasa Melayu.
Langkah keempat :
Setelah itu, anda boleh memilih kertas model yang dingini. Bagi setiap kertas model yang disediakan mengandungi dua jenis soalan iaitu kertas 1 bagi soalan pemahaman dan tatabahasa. Manakala kertas dua pula mengenai esei. Sebagai contoh :
Langkah kelima :
Soalan akan berbentuk PDF format .