Modul BMM3105
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan
Komputer.
Hasil Pembelajaran
1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara
dalam talian dan luar talian; model
perpautan dalam penyusunan
bahan, dan perpautan antara bahan.
2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat
pengarangan, animasi dalam
persembahan, dan cakera padat
pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara
sidang video.
Sinopsis:
Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan
internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan,
perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian;
penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa
Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam
persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu.
TAJUK-TAJUK :
1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
· Menggunakan web, video, audio, dan imej
· Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk
mendapatkan bahan pengajaran bahasa
Melayu.
· Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog
internet.
2 Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa
Melayu
· Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik
dan teks.
· Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder
berdasarkan kemahiran bahasa.
3 Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
· Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
· Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet
dalam bentuk brosur dan
PowerPoint
4 Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu
· Memilih bahan sastera
· Memilih bahan tatabahasa
· Memilih bahan bidang ilmu lain
5 Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan
Pakej Tutorial
Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
· Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa
Melayu
· Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran
dan pembelajaran Bahasa
Melayu
· Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web
bahasa Melayu
· Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.
6 Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam
Penyusunan Bahan Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu
· Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
· Struktur Linear
· Struktur Rangkaian
7 Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu
· Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
· Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi
pengajaran dengan
menggunakan tapak pembelajaran.
· Membina bahan.
8 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar
Talian
· Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
· Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian
dengan menggunakan laman web
dan tapak pembelajaran
9 Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam
Talian Menjadi Brosur, News
Letter, dan Kad Pengumuman
· Prosedur pengeditan
· Prinsip pengeditan
· Melaksanakan pengeditan
· Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.
10 Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran
Bahasa Melayu
§ Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
§ Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
§ Membina bahan video dan audio
§ Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran
mendengar bertutur dan
membaca.
11 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
· Konferensi secara dalam talian
· Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran
mendengar bertutur, membaca,
dan menulis.
12 Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa
Melayu
· Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran
bahasa sukatan pelajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah
· Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan
menggunakan alat pengarangan
13 Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran
Bahasa Melayu
· Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
· Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi
daripada Internet
· Memanipulasi animasi dalam persembahan
14 Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa
Melayu
· Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
· Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
· Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
15 Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Dekad Kini dan Mendatang
· Mengadakan seminar
· Mengadakan pameran